INFO
Akhbar Tempatan
SJKC YOKE HUA, AIR MAWANG
Wednesday, April 29, 2015
Pertandingan Teka Silang Kata dan Pertandingan Syarahan
Sekolah kita telah mengambil dalam Pertandingan Teka Silang Kata bagi Daerah Kuala Pilah. Lim Zi Yao telah mendapat tempat ke-5 dalam pertandingan tersebut.
KARNIVAL BAHASA CINA
Tahniah kepada sekolah SJKC YOKE HUA, AIR MAWANG kerana Vanessa Tam mendapat johan dalam Pertandingan Bercerita Daerah Kuala Pilah, saguhati dalam Pertandingan Mendeklamasi Sajak dan Pertandingan Kaligrafi.
Tuesday, April 28, 2015
PERTANDINGAN MATEMATIK
Pertandingan Matematik telah dijalankan secara lancar pada 22.4.2015. Pertandingan ini melibatkan 27 orang murid. Soalan untuk tahap 1 adalah 30 soalan manakala tahap 2 adalah 40 soalan objektif.
Sunday, April 19, 2015
CERAMAH KEREMAJAAN MURID-MURID
Masalah gejala sosial semakin bertambah, sekolah kita telah mengadakan ceramah keremajaan murid-murid untuk memberi pendedahan kepada murid-murid semasa menempuhi alam remaja. Ceramah ini diberi kepada murid-murid Tahun 3 hingga Tahun 6. Pn Wong telah memberi ceramah kepada murid perempuan manakala En Chong memberi ceramah kepada murid lelaki. Topik-topik yang diberikan merangkumi alam remaja , persediaan diri untuk menempuh alam remaja, perubahan fizikal, mental dan emosi semasa alam remaja, organ-organ pembiakan, cara-cara menjaga kebersihan diri semasa kedatangan haid, cara-cara memakai tuala wanita dan cara-cara menjaga keselamatan diri.
PERTANDINGAN MENULIS BM DAERAH KUALA PILAH
Sekolah kita telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam Pertandingan Menulis BM Daerah Kuala Pilah. Murid yang bernama Victor Tam telah mendapat johan dalam pertandingan menulis BM tahap 1 dan Murid yang bernama Gan Hong Leong telah mendapat naib johan dalam pertandingan menulis BM tahap 2. Tahniah dan ribuan terima kasih diucapkan kepada guru pembimbing iaitu Cik Christine Yap Jun Yi.
MAJLIS PERPISAHAN PN TONG BOON LIN
Sekolah kita telah mengadakan majlis perpisahan Pn Tong Boon Lin pada 16 Januari 2015. Beliau telah berkhidmat di sekolah selama 3 tahun dan bersara awal. Beliau banyak memberi sumbangan kepada sekolah SJKC Yoke Hua, Air Mawang dari segi akademik dan kokurikulum. Sekolah kita telah mencapai sekolah berprestasi tinggi atas usaha beliau.
Sunday, November 16, 2014
HARI KANAK-KANAK dan Hari Sukan
Sekolah kita telah mengadakan Hari Sukan dan Hari Kanak-kanak pada 19 Oktober 2014. Pada hari ini, ramai ibu bapa datang bersama anak mereka. Aktiviti yang diadakan adalah lumba lari, lompat jauh, sukaneka dan permainana anak dan ibu bapa. Suasana sangat meriah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
GURU BESAR
PN TEO SIEW YOKE



